https://www.youtube.com/playlist?list=PL_hepB7Fb6RvZ4j5KazZt9fhB9FvYPhp1
***
***
"Jom faham Alfiyah Ibn Malik"
¶ Sekilas tentang Alfiyah Ibn Malik:
Merupakan Nazam masyhur di dalam ilmu Nahu, dikarang oleh Imam Ibn Malik sebagai ringkasan kepada nazam beliau yang lebih panjang iaitu Al-kafiyah As-syafiah, dinamakan Alfiyah kerana bilangan baitnya yang lebih kurang 1000 rangkap.
Sejak ratusan tahun ia dijadikan matan standard bagi penuntut ilmu agama yang mahu menguasai tahap pertengahan di dalam Ilmu Nahu. Tahqiq terbaik bagi nazam ini ialah Tahqiq Dr Sulaiman Al-'uyuni terbitan Darul Minhaj.
¶ Antara huraian yang disyorkan bagi first timer yang mahu menguasai Alfiyah Ibn Malik
1)As-syarh Al-muyassar 'Ala Alfiyyah Ibn Malik karangan Dr Abdul Aziz Al-harbi
Huraian yang sangat mudah & sangat ringkas. Syarah ini boleh dikatakan lebih kepada mengubah bait alfiyah ibn malik dari bentuk sya'ir kepada bentuk Nathar/teks.
2)Dalil As-salik Ila Alfiyah Ibn Malik, karangan Al-'allamah Abdullah Al-fauzan
Huraian yang padat & baik, tidak terlalu panjang dan tidak terlalu ringkas, mengilangkan dahaga mereka yang haus, akan tetapi tidak menghilangkan kelaparan mereka yang kebuluran.
3)Tahrir Al-khasasah Fi Taisir Al-khulasah oleh Imam Ibnul Wardi(749H)
Kitab yang direkomendasi oleh salah seorang guru bahasa arab kami. Beliau memandang baik buku ini & mengatakan ia sesuai dibaca sebelum Audhah Al-masalik oleh Imam Ibn Hisyam. Kitab ini bagus untuk melatih pelajar memahami Syuruh Alfiyyah lain yang lebih tebal & sukar. Hanyasanya ia ditulis tanpa dibawakan sekali bait Alfiyah.
Kata guru kami: Kalau baitnya tidak dibawa pun tidak ada masalah, Alfiyyah itu sendiri sepatutnya telah dihafal dah.
Kitab ini penuh dengan syawahid sya'ir, huraiannya tidak terlalu panjang, khilaf-khilaf yang panjang & pelbagai juga tidak disebutkan. Ini semua dalam keadaan ia ditulis oleh seorang alim nahu yang mengekalkan gaya bahasa & keaslian cara tulisan ulama' nahu.
¶ Rakaman pengajian yang disyorkan untuk dhabit Alfiyah Ibn Malik
1)Nathr Al-alfiyah/نثر الألفية
Huraian ringkas bagi potongan-potongan bait dari Alfiyah Ibn Malik oleh Dr Abdul Aziz Al-harbi. Videonya boleh dicari di Youtube, durasi videonya pada satu episod sekitar 5 minit
2)Rakaman MP3 huraian Syeikh Sulaiman Al-'uyuni untuk matan Alfiyyah, sekitar 140 episod
3)Rakaman MP3 huraian Syeikh Abdullah Al-fauzan bagi Syarh Ibn 'Aqil keatas Alfiyyah. 350 Episod
¶ Cara praktikal melatih penguasaan Alfiyah:
1)Sentiasa mengulang dengar rakaman bacaan Matan Alfiyyah, boleh cari rakaman bacaan qari-qari yang sedap suaranya.
2)Melihat video Nathar Al-alfiyah, ini digandingkan dengan membaca As-syarh Al-muyassar.
3)Mendengar rakaman Syeikh Sulaiman Al-'uyuni, digandingkan dengan Dalil As-salik.
4)Berdamping & bersahabat dengan Tahrir Al-khasasah. Conteng dia, buat nota padanya, rihlah bersamanya, beriadah bersamanya sehinggalah ia tidak lari dari memori anda.
Ustadz Abdul Aziz
https://www.facebook.com/aziz.digimon/posts/2017391138339712
https://www.facebook.com/aziz.digimon/posts/2017391138339712
0 التعليقات:
إرسال تعليق